Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei, 19 April 2024 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei amat bertuah dengan kehadiran Encik Eric Zakaria Ho, Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan bagi sesi kunjung bantu urusan berkaitan kewangan, dokumentasi dan akaun di pejabat ini.
Selama tiga hari bermula 17-19 April 2024, Encik Eric telah banyak menurunkan ilmu pengurusan kewangan, dokumentasi dan akaun serta memberi tunjuk ajar kepada semua pegawai dan kakitangan di pejabat ini.
Pegawai dan kakitangan pejabat ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sarawak serta Encik Erick Zakaria Ho kerana telah membuat inisiatif positif sesi kunjung bantu terutama kepada pejabat yang mempunyai Pembantu Tadbir yang baharu bertukar seperti PBSB Sarikei.
Pejabat ini berharap agar sesi kunjung bantu seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membantu mencapai hasrat pengurusan kewangan di JBSNS yang lebih cekap dan berkesan.
- JBS Sarawak
- Hits: 164
