- JBS Sarawak
- Hits: 150
SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA TAHUN BARU CINA 2024 BINTULU MENGERATKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM ANTARA KAUM
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 22 FEBRUARI 2024 - Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024 anjuran Parti Demokratik Progresif (PDP) dan YB Dato Sri Tiong King Sing, Ahli Parlimen Malaysia P.217 Bintulu bertempat di Dewan Surah Bintulu, Ahad lepas.
Turut hadir tetamu kehormat Yang Amat Berhormat Premier Sarawak Abang Johari Openg dalam Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2024. Majlis tersebut dihidangkan dengan persembahan tarian singa dan naga.Keramaian pengunjung yang bertandang di majlis tersebut menggambarkan keharmonian pelbagai kaum di Sarawak tanpa mengira warna kulit dan agama.
Semoga Perpaduan dan keharmonian yang dibina seperti ini terus dipelihara dan menjadikan Sarawak sebuah negeri yang harmoni dan bersatu padu dalam membangunkan Sarawak sebuah negeri yang makmur dan maju jaya di Malaysia.
- JBS Sarawak
- Hits: 150
