- JBS Sarawak
- Hits: 842
UJIAN KECERGASAN JASMANI KEBANGSAAN (UKJK) UNTUK PENGAMBILAN KADET PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD) M41 TAHUN 2024
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 21 Februari 2024 – Satu sesi Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) untuk pengambilan Kadet Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) M41 Tahun 2024 telah diadakan selama 2 hari beturut pada 19 Februari 2024 sehingga 20 Februari 2024 bertempat di INTAN Sarawak, Kota Samarahan.
Seramai 11 orang pegawai dari Jabatan Belia dan Sukan telah dilantik untuk menjadi penguji bagi sesi ujian tersebut. Penguji yang dilantik untuk menjalankan amanah ini merupakan pegawai yang bertauliah dalam menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK). Pasukan penguji ini diketuai oleh En. Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
Sepanjang ujian ini dijalankan semangat kerjasama, bantu membantu diantara ketua penguji dan semua penguji amat dititik beratkan dalam kerja berpasukan. Dengan adanya taklimat, pembahagian tugasan yang terperinci oleh ketua penguji maka tanggungjawab yang diamanahkan kepada setiap penguji menjadi lebih mudah lancar dan berkualiti.
- JBS Sarawak
- Hits: 842
