Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
SAMARAHAN, 15 JANUARI 2024 – Satu mesyuarat penyelarasan Mini Karnival Usahawan Desa @ Kota Samarahan 2024 telah diadakan pada 15 Januari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat RISDA Negeri Sarawak. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan perkara yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang karnival ini berlangsung. Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Kota Samarahan 2024 ini akan dilaksanakan pada 1-4 Februari 2024 bertempat di Perkarangan Majlis Perbandaran Kota Samarahan.
Pejabat Belia dan Sukan telah diamanahkan untuk melaksanakan aktiviti sukan sempena mini karnival ini. Antara aktiviti sukan tersebut adalah Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Memanah, Pertandingan E-sport, Fun Run dan Fun Ride. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Rubiah Binti Haji Wang, Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan. Turut hadir Encik Abu Bin Amir yang mewakili Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan.
- JBS Sarawak
- Hits: 140
