- JBS Sarawak
- Hits: 210
PERBINCANGAN PRA-MAJLIS PERUNDINGAN BELIA (MPBN) PERINGKAT BAHAGIAN KAPIT TAHUN 2024
Disediakan Oleh: OAK, JBSN Sarawak
KAPIT, 19 JUN 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan perbincangan Pra-Majlis Perundingan Belia (MPBN) Peringkat Bahagian Kapit Tahun 2024 secara santai bertempat di Daughter’s Kitchen, Kapit.
Perbincangan dipengerusikan oleh Puan Olivia Anak Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit turut dihadiri oleh Encik Walter Samat daripada Lighthouse Kapit, Cik Jacqueline Anna Anak Kulleh wakil daripada SABERKAS Cawangan Balleh serta Cik Caroline Limau dan Cik Rashidah Hajim Abdullah wakil daripada Kelab Belia Komuniti Pekan Baleh.
Objektif pra-perbincangan Majlis Perundingan Belia adalah untuk membincangkan isu dan mengumpul permasalahan warga belia dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik kepada setiap isu yang dibangkitkan serta lebih menfokuskan kepada isu atau keperluan belia setempat.
- JBS Sarawak
- Hits: 210
