- JBS Sarawak
- Hits: 167
PERBINCANGAN MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MUDA (SATRIA) : PROGRAM MENYANTUNI WARGA EMAS TAHUN 2024
Disediakan oleh: Melvin Chambai Anak Gurang, JBSN Sarawak
SIBU, 27 JUN 2024- Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah mengadakan perbincangan bersama pihak Rumah Seri Kenangan Sibu yang berlangsung antara Puan Nur Fatheen Khairuzan Bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu dengan Puan Siti Afiah bt Samat, Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat. bagi membincangkan Program Menyantuni Warga Emas yang dijangka akan diadakan pada 22 Julai 2024. Program ini akan melibatkan semua penghuni Rumah Seri Kenangan Sibu serta kakitangan Rumah Seri Kenangan Sibu tersebut. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu ini antaranya bertujuan untuk melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelaan yang tinggi, saling membantu serta peka pada keadaan sekeliling Program kemasyarakatan menyantuni warga emas akan diadakan seperti aktiviti kemasyarakatan, pemeriksaan kesihatan, aktiviti sukan dan aktiviti sukan yang bersesuaian. Program seperti ini akan dapat memupuk semangat perpaduan pelbagai kaum dan umur. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu merakamkan terima kasih kepada Pentadbiran Rumah Seri kenangan Sibu yang berbesar hati menerima dan bekerjasama untuk melaksanakn program tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 167
