Disediakan Oleh : M.J.A., PBSB Sarikei
Sarikei, 18 April 2024 : "Pembudayaan gaya hidup cergas, tonggak perkhidmatan awam yang cemerlang", begitulah tema kepada Karnival Sukan Wisma Persekutuan Sarikei yang akan diadakan pada 11 Mei 2024 di Kompleks Sukan Integrasi, Seberang Sarikei.
Mesyuarat penyelarasan karnival sukan tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjuran.
Encik Mohd Johari berharap semua pegawai dan kakitangan dari Jabatan/ Agensi yang terletak di Wisma Persekutuan Sarikei agar dapat memberikan komitmen sepenuhnya bagi menjayakan karnival sukan ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 198
