Disediakan oleh: Hafizul Wong Helmi, JBSN Sarawak
LIMBANG, 11 JULAI 2024 – Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Limbang (PBSB Limbang) telah mengadakan satu perbincangan bagi pelaksanaan Program senaman warga Emas. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Kelab Aerobik Padang bersama Encik Zaini Bin Abd Talib, Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
Selaras dengan objektif untuk meningkatkan budaya sihat cergas dan kecergasan supaya terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara,perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada jenis aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung di bahagian Limbang serta golongan sasar bagi penyertaan setiap aktiviti tersebut.
Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh dan melahirkan persaingan sihat di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 156
