- JBS Sarawak
- Hits: 159
PASUKAN FEARLESS MERANGKUL GELARAN JUARA LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT BAHAGIAN MIRI 2024 ACARA BOLA TAMPAR
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 2 JULAI 2024 – Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Miri 2024 bagi acara Bola Tampar baru sahaja melabuhkan tirai pada hujung minggu yang lalu bertempat di Sekolah Menengah Pei Min. Pertandingan ini menawarkan hadiah berupa wang tunai dan medal iaitu Johan akan menerima wang tunai sebanyak RM500 ringgit, tempat kedua RM300 ringgit dan tempat ketiga sebanyak RM200 ringgit.
Pasukan Fearless telah memberikan kemenangan bergaya dan merangkul gelaran juara bagi acara bola tampar. Tempat kedua pula telah dimenangi oleh Pasukan Elite Sports dan tempat ketiga pula Pasukan Optima. Johan dan Naib Johan pertandingan ini akan melayakkan diri ke Kejohanan Liga Sukan Komuniti Peringkat Negeri Sarawak 2024.
Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah dihadiri oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri dan Encik Alan Ling, Presiden Persatuan Bola Tampar Miri. Tahniah diucapkan kepada para permenang dan semua pasukan yang telah terlibat dalam pertandingan ini.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 159
