- JBS Sarawak
- Hits: 201
PROGRAM SKRIN BESAR PERINGKAT NEGERI SARAWAK: PERLAWANAN BOLA SEPAK KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026 (MALAYSIA VS CHINESE TAIPEI)
Disediakan oleh: RJH , JBSN Sarawak
KUCHING, 11 JUN 2024: Cawangan Pembangunan Sukan, JBS Sarawak meneruskan lagi penganjuran Program Tayangan Skrin Besar di Dataran Perayaan Petrajaya, Kuching bermula pada jam 9.00 malam
Berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Malaysia, perlawanan terakhir peringkt kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2026 bermula jam 9.00 malam itu telah menyaksikan pasukan Harimau Malaya menang dengan keputusan 3-1. Namun begitu, keputusan yang memberansangkan itu tidak memenuhi mata pasukan untuk ke peringkat yang seterusnya.
Turut hadir bersama pada program tersebut iaitu YBrs. Puan Fatimah Binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah Sukan JBSN Sarawak. Aktiviti sampingan iaitu Penalti Challenge, Juggling Challenge, Toss challenge dan Cabutan Tiket Bertuah telah diadakan bagi para pengunjung yang hadir untuk menonton Tayangan Skrin Besar tersebut.
- JBS Sarawak
- Hits: 201
