- JBS Sarawak
- Hits: 205
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SUKMA XXI SARAWAK 2024 PERINGKAT BAHAGIAN MUKAH BIL.3/2024
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 6 OGOS 2024 – Mesyuarat Jawatankuasa Kerja SUKMA XXI Sarawak 2024 Peringkat Bahagian Mukah Bil.3/2024 telah diadakan pada 5 Ogos 2024 bertempat di Tingkat 3, Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah). Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee , Ketua Eksekutif SUKMA Sarawak dan turut dihadiri Tuan Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak bersama Tuan Kueh Lei Poh, Residen Bahagian Mukah. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut yang telah diwakili Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah dan Encik Mohammad Arbi bin Rosli.
Antara intipati mesyuarat ialah perutusan Yang Berbahagia Datu Hii Chang Kee, Ketua Eksekutif SUKMA Sarawak kepada semua Jawatankuasa Kerja SUKMA XXI Sarawak 2024 di bahagian Mukah. Agenda mesyuarat diteruskan dengan pembentangan Laporan Status Semasa Persiapan SUKMA XXI oleh Jawatankuasa Kerja Bahagian Mukah yang telah disampaikan Tuan Shafrie Saili, Timbalan Residen Bahagian Mukah. Dalam mesyuarat tersebut turut dibincangkan isu dan permasalahan yang timbul di bahagian Mukah supaya perkara tersebut dapat diselesaikan secara cepat bagi memastikan kelancaran SUKMA XXI di Mukah. Secara keseluruhannya, persiapan SUKMA di bahagian Mukah telah melebihi 90% dan akan siap sepenuhnya sebelum SUKMA bermula.
- JBS Sarawak
- Hits: 205
