- JBS Sarawak
- Hits: 175
MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA): PROGRAM MENYANTUNI KANAK-KANAK PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
Disediakan Oleh : Zulfadhli, PBSB Sarikei
Sarikei, 27 Ogos 2024 : Satu aktiviti Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) : Program Menyantuni Kanak-Kanak Peringkat Bahagian Sarikei yang diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pakan. Program tersebut telah dihadiri oleh Puan Jamaika Binti Marciano dan Encik Zulfadhli Bin Leonardo daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Turut hadir bersama daripada pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Pakan, Encik James Eu, Encik Kevin Jampang Anak Ranggak, Pengerusi Kelab Belia Pakan dan Pn. Lenny Anak Mambang daripada Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Pakan.

Program tersebut diisi dengan aktiviti pertandingan mewarna antara kanak-kanak dan gotong royong membersihkan kawasan pusat pemulihan tersebut selepas dilanda banjir. Program ini juga adalah satu platform bagi pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan yang berimpak tinggi serta memberikan manfaat kepada golongan khusus iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak serta belia massa. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 175