- JBS Sarawak
- Hits: 202
MAJLIS KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF KEMENTERIAN KESIHATAN AWAM, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN SARAWAK 2024
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 29 OGOS 2024 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah dijemput untuk hadir bersama ke Majlis Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kemeterian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak 2024 pada 28 Ogos 2024 di Kingwood Resort, Mukah. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr.Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak mewakili Yang Berhormat Datuk Amar Prof.Dr.Sim Kui Hian, Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak.
Turut hadir Yang Berusaha Puan Elizaberth Loh, Setiausha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG). Kumpulan KIK MPHLG dari Majlis Daerah Samarahan telah mendapat johan dalam pertandingan tersebut dan telah membawa balik hadiah wang tunai berjumlah RM 2500.00 beserta piala menteri MPHLG. Pasukan mereka juga telah memenangi kategori persembahan terbaik. Pejabat telah diwakili Encik Mohammad Arbi bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
- JBS Sarawak
- Hits: 202
