- JBS Sarawak
- Hits: 154
TEAM RUDAL D9 UNGGULI PERTANDINGAN TARIK TALI TERTUTUP LIMBANG DAN LAWAS 2024.
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi , JBSN Sarawak
LIMBANG, 23 SEPTEMBER 2024 – Hujung minggu lalu telah diadakan pertandingan tarik tali tertutup Limbang dan Lawas yang bertempat di Padang Majlis Dearah Limbang, Limbang. Program anjuran Persatuan Tarik Tali Bahagian Limbang(PTTBL) ini adalah bertujuan untuk memperkasa lagi pendedahan sukan ekstrem di Bahagian Limbang selain memupuk gaya hidup sihat seterusnya memfokuskan kepada pembentukan budaya bersukan selari dengan slogan Malaysia Cergas dan Sihat.
Program ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Dr Haji Abdul Bin Ismail, Timbalan Menteri Industri Makanan,Komoditi, Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Adun N79 Bukit Kota. Beliau berkata penganjuran seperti ini harus diteruskan bagi mengalakan belia menjalani cara hidup sihat dan tidak mendorong kepada gejala yang tidak bermoral.
Kesinambungan dari Kejohanan Tarik tali kali ini akan ada satu lagi kejohanan iaitu Kejohanan Tarik Tali Antarabangsa Terbuka Limbang 2024 pada bulan November akan datang.
Encik Zaini Bin Abd Talib, Mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut hadir memberi sokongan kepada program ini. Semoga usaha yang dilakukan ini akan dapat memperkukuh Sukan Tarik Tali di kalangan pelbagai pihak demi memperkasakan gaya hidup sihat khususnya di Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 154
