- JBS Sarawak
- Hits: 175
SESI LIBAT URUS ADVOKASI SUKAN SELAMAT PERINGKAT JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 26 SEPTEMBER 2024 – Satu sesi libat urus Advokasi Sukan Selamat Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah berlangsung dengan jayanya pada 14 September 2024 yang lalu bertempat di Auditorium Pustaka Miri. Program ini melibatkan kerjasama Kelab Renang Aquanova Miri selaku rakan strategik. Peserta yang hadir terdiri daripada persatuan, kelab, dan komuniti sukan. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Fatimah Abdul Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menerbitkan Kod ini sebagai dokumen rujukan kepada Komuniti Sukan di Malaysia berkaitan aspek sukan selamat. Kod Sukan Selamat ini dibangunkan untuk menjadi garis panduan mengenai persekitaran sukan yang selamat serta peranan dan tanggungjawab semua pihak dalam menangani gangguan dan penderaan dalam sukan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri
- JBS Sarawak
- Hits: 175
