- JBS Sarawak
- Hits: 209
PESTA HARI BUKIT MAS ANTARABANGSA LIMBANG MENYEMARAKKAN LAGI PERPADUAN KAUM MELALUI AKTIVITI KEBUDAYAAN DAN SUKAN.
Disediakan oleh: Mohd Hafizul Helmi, JBSN Sarawak.
LIMBANG, 10 SEPTEMBER 2024 – “Perpaduan ummah tunjang silaturahim” menjadi satu ideologi menarik dalam memberi wadah persahabatan kukuh di antara kaum yang terdapat di Bahagian Limbang. Pada 4,5, dan 6 Oktober 2024 telah berlangsung satu program yang dinamakan Pesta hari Bukit Mas Antarabangsa Limbang 2024 yang gilang gemilang bertempat di Amphithethre Tebingan Sungai Limbang, Limbang dan Pesta ini merupakan anjuran Majlis Daerah Limbang.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang pesta ini dijalankan adalah pertandingan Body builder,Pertandingan Memancing, Pertandingan Tamiya, Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Tarik Tali, Autoshow, Jualan Rahmah dan Pameran Agensi Kerajaan.
Agenda utama penganjuran Pesta ini ialah untuk melibatkan dan mengeratkan lagi hubungan diantara masyarakat di Limbang yang berbilang kaum dan pelbagai bangsa.
Turut hadir dan menyantuni warga Limbang, Puan Aimy Alisha Charlie dan Encik Mohd Hafizul Helmi bin Md zain dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Limbang.
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsblimbang
- JBS Sarawak
- Hits: 209
