- JBS Sarawak
- Hits: 224
RAKAN MUDA: MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) TAHUN 2024 BAHAGIAN SARIKEI SIRI 1
Disediakan Oleh : Jamaika Binti Marciano, PBSB Sarikei
Sarikei, 29 September 2024 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei bersama SMK Sungai Paoh dan Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Sarikei) telah melaksanakan Khidmat Sukarelawan membantu Karnival sempena 111 Tahun Pengakap di Sarawak sebagai salah satu intipati pelaksanaan Rakan Muda: Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Tahun 2024 Bahagian Sarikei dan satu pengisian untuk pentauliahan bagi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Program ini bertujuan menjadikan kesukarelawanan sebagai suatu gaya hidup bagi membentuk peribadi belia yang positif serta komited dalam membantu masyarakat dan negara, memperkemaskan serta memperkasakan inisiatif kesukarelawanan berdasarkan keperluan, trend dan kehendak semasa dan mengeratkan perpaduan serta keharmonian masyarakat menerusi penglibatan belia dalam masyarakat tanpa mengira umur, bangsa dan agama.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan pelajar SMK Sungai Paoh serta Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak (Daerah Sarikei) bersama-sama menjayakan program ini.
- JBS Sarawak
- Hits: 224
