Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 8 MEI 2024 – Seramai 30 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak termasuklah dua orang pegawai daripada Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kuching (PBSB Kuching) telah menyertai Bengkel Pengoperasian dan Pengurusan Sukarelawan SUKMA XXI Sarawak 2024 yang telah diadakan di Hotel Waterfront, Kuching pada 5 hingga 7 Mei 2024.
Puan Margaret Sawing dan Encik Mohamad Arif Zulhilmi Alet selaku wakil dari PBSB Kuching menyertai bengkel ini yang bertujuan untuk menyelaras bidang tugas petugas dan sukarelawan am. Pada hari terakhir bengkel, Encik Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak selaku Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Kerja, Sukarelawan dan Pegawai Perhubungan SUKMA XXI Sarawak 2024 telah menerima dan mendengar pembentangan dapatan Technical Working Group (TWG) sepanjang bengkel ini berlangsung dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penutup program.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#teampbsbkuching
#SUKMA XXI Sarawak 2024
- JBS Sarawak
- Hits: 181
