Disediakan oleh : MCG, JBSN Sarawak
SIBU, 26 OKTOBER 2024 – Telah berlangsung Program Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Bahagian Sibu Siri 1 yang dilaksanakan di Gereja Methodist Xin Fu Yuan, Sibu.Bagi program siri ini sukarelawan diturunkan untuk melakukan aktivti gotong –royong perdana bersama JKK dan penduduk di sekitar kawasan gereja. Objektif pelaksanaan Mobilisasi Satria kali ini adalah memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pengalaman secara hands-on dalam melaksanakan aktiviti kesukarelawanan. Selain itu,Program ini juga turut dapat mengelakkan penglibatan belia dalam jenayah serta masalah sosial dan mewujudkan suasana harmoni dengan pengisian masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat.Program ini mendapat kerjasama erat dari Jawatankuasa Gereja Methodist Xin Fu Yuan Sibu dan pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah terlibat.
- JBS Sarawak
- Hits: 188
