
- JBS Sarawak
- Hits: 91
TAKLIMAT DANA BANTUAN (PEMBANGUNAN BELIA DAN RAKAN MUDA) TAHUN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 91
Disediakan oleh : ZL, JBSN Sarawak
SARIKEI, 20 Februari 2025 : PBS6D turut hadir sesi Taklimat Dana Bantuan (Pembangunan Belia Dan Rakan Muda) Tahun 2025 yang diadakan secara hybrid. Dana Bantuan ini bertujuan untuk memperkasa pembangunan belia dan menyemarakkan 10 gaya hidup rakan muda. Selain daripada itu juga dana ini memberi manfaat kepada Kelab / Pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Belia termasuk Kelab Rakan Muda (KRM), Sekreteriat Rakan Muda Institusi Pengajian Tinggi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (BO ARPRM) untuk merancang program- program berimpak tinggi.
Antara agenda yang dibincangkan adalah Syarat- syarat permohonan, Skop permohonan, Kaedah permohonan, dan sebagainya. Semoga dengan adanya bantuan sebegini dapat membantu untuk meningkatkan lagi penglibatan golongan belia dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah dalam komuniti setempat khususnya Bahagian Sarikei.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d