
- JBS Sarawak
- Hits: 68
PROGRAM IMARAH RAMADHAN MENDAPAT SAMBUTAN WARGA BALINGIAN
- JBS Sarawak
- Hits: 68
Disediakan oleh: Mohammad Arbi Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 24 MAC 2025 – Kelab Belia Progresif Pekan Balingian dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah telah melaksanakan Program Imarah Ramadhan: Agihan Nasi Briyani Peringkat Bahagian Mukah 2025 pada 22 Mac 2025 di Perkarangan Pasar Lama, Balingian. Sebelumnya, ahli-ahli kelab, para pegawai pejabat serta komuniti bersama-sama bergotong royong menyediakan juadah nasi briyani untuk diagihkan kepada para penduduk Balingian pada sebelah petangnya.
Sebanyak 500 paket nasi briyani telah diagihkan kepada komuniti di Balingian. Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Encik Harbi Baker, Penghulu Pekan Balingian bersama Encik Bonnie Manau Michael Amerikan, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Menurut Encik Helmi Zamil sekalu Pengerusi Kelab Belia Progresif Pekan Balingian, aktiviti pengumpulan dan penyerahan baju-baju raya preloved turut diadakan untuk diserahkan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Pejabat mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh ahli kelab dan komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan aktiviti.