
- JBS Sarawak
- Hits: 57
KUNJUNGAN KE UNIT PENDIDIKAN ISLAM, PPD SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 57
Disediakan Oleh : MJA, JBSN Sarawak
SARIKEI, 21 Februari 2024 : Bulan Ramadhan merupakan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Adalah satu kerugian kepada umat Islam jika tidak mengimarahkan bulan suci ini. Sempena dengan kehadiran bulan Ramadhan yang akan datang, Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengunjungi Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei bagi membuat perbincangan awal berkenaan kerjasama untuk mengadakan program kepada golongan remaja semasa bulan Ramadhan nanti.
Perbincangan ini telah disertai oleh Ustaz Mukhriz Hanifah, Ustaz Mohamad Serhan bin Hassan serta Tuan Zainal Ariffin.
Semoga segala perancangan aktiviti pada bulan Ramadhan akan dipermudahkan serta mendapat keberkatan dari Allah S.W.T
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d