
- JBS Sarawak
- Hits: 63
KUNJUNGAN ENCIK JACKIE WONG SIEW CHEER ATLET BALING TUKUL BESI MALAYSIA KE PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 63
Disediakan Oleh : Abdul Rani bin Jemi, JBSN SARAWAK
SARIKEI, 17 Februari 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah menerima kunjungan daripada Encik Jackie Wong Siew Cheer yang merupakan seorang atlet Baling Tukul Besi Negara dan juga merangkap Pengerusi Kelab JCI Mandarin Repok Sarikei.
Kunjungan beliau adalah bertujuan untuk membincangkan program kerjasama bersama Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Di samping itu, beliau juga mengajak anak muda di Bahagian Sarikei khususnya yang berminat dalam sukan Baling Tukul Besi untuk berhubung dengan beliau. En. Jackie bersedia memberi khidmat nasihat dan tunjuk ajar kepada sesiapa yang berminat dalam sukan berkenaan. Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei mengucapkan jutaan terima kasih di atas kunjungan tersebut.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d