
- JBS Sarawak
- Hits: 69
PERTANDINGAN HAFAZAN IMARAHKAN BULAN RAMADHAN DI MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 14 MAC 2025 – Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Mukah Pertandingan Hafazan telah diadakan pada 13 Mac 2025 bertempat di Dewan Salahuddin Al-Ayyubi, SMK Agama Igan. Sebanyak 5 surah dipertandingkan dan telah disertai oleh 50 orang peserta yang berumur 13-18 tahun. Program yang bertujuan untuk mengimarahkan bulan Ramadhan ini juga mampu mendidik rohani golongan belia dengan aktiviti kerohian yang dilaksanakan.
Encik Mohammad Arbi bin Rosli , Puan Noorlina binti Mirais dan Puan Hatijah binti Halidi selaku pegawai penyelaras hadir mewakili pejabat bagi mengimarahkan program yang dilaksanakan . Turut hadir Encik Hamzah bin Mosa, Penolong Kanan Ko-Kurikulum SMK Agama Igan. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah dan guru yang terlibat atas kerjasama pengelolaan program tersebut.