
- JBS Sarawak
- Hits: 79
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADHAN PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 79
Disediakan oleh : MLA, JBSN Sarawak
13 MAC 2025, samarahan - Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan dengan kerjasama Kelab Belia Sejati Sadong telah pun selesai mengadakan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Bahagian Samarahan 2025 bertempat di SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya pada 13 Mac yang lepas.
Program sehari ini yang diadakan berbentuk pertandingan iaitu Pertandingan Hafazan bagi kategori lelaki dan perempuan dan Pertandingan Azan dan Iqamah telah melibatkan seramai 100 orang peserta. Johan Pertandingan Hafazan akan mewakili bahagian Samarahan di Pertandingan Hafazan sempena Program Rakan Muda Peringkat Negeri Sarawak yang diadakan pada 18 mac 2025 di Surau Majma Mall, Kuching.
Tujuan Program Rakan Muda Ramadhan diadakan adalah untuk menarik minat belia menghidupkan bulan Ramadhan al- Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian disamping untuk membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadhan.
Hadir merasmikan program ini adalah Encik Abu Zaid bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama