
- JBS Sarawak
- Hits: 72
KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS PANGLIMA 9 BRIGED
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh : Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak
SIBU, 25 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagia Sibu telah mengadakan Kunjungan hormat ke atas Panglima 9 Briged bertempat di Markas 9 Briged, Sibu. Tujuan utama lawatan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membina dan meluaskan hubungan kerjasama dari segi perlaksanaan program dan jaringan kerjasama dua hala antara dua agensi. Pertemuan tersebut telah di sambut oleh Briged Jeneral Jafri bin Sulaiman, Panglima 9 Briged bersama pegawai-pegawai. Manakala Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu telah di ketuai oleh Puan Morni binti Ibrahim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan hadir bersama pegawai serta kakitangan. Diharapkan agar kerjasama antara dua agensi ini akan dapat terlaksana bagi tahun 2025.
#TeamPBSBSibu
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS