
- JBS Sarawak
- Hits: 54
PERBINCANGAN PELAKSANAAN PROGRAM PBSB BETONG
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh: JT, JBSN Sarawak
BETONG, 6 Mac 2025 – Satu sesi perbincangan program telah diadakan pada hari ini bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Perbincangan dipengerusikan oleh Cik Nurulzamzam binti Hj. Shafiíe, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong.
Perbincangan bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan perancangan dan pelaksanaan program Belia dan Rakan Muda yang akan diadakan dalam masa terdekat dan akan datang. Hadir sama semasa sesi perbincangan Cik Azira binti A.Manan, pegawai Unit Pembangunan Sukan, Cik Jojo anak Tehan, pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda dan Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah, pegawai Unit Pembangunan Belia.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong