- JBS Sarawak
- Hits: 54
KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENERANGAN DAERAH KAPIT
- JBS Sarawak
- Hits: 54
Disediakan oleh : OAK, JBSN Sarawak
KAPIT, 20 MAC 2025 – Puan Olivia Kaminis, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Encik Mohd. Said Kalihing, Pegawai Penerangan Daerah Kapit. Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Encik Lanting Mala, Unit Pembangunan Belia. Kunjungan hormat tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan di antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit dengan Pejabat Penerangan Daerah Kapit. Perkara yang turut dibincangkan adalah aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan bagi sambutan Program Hari Belia Peringkat Bahagian Kapit 2025 yang bakal berlangsung pada 15 Mei 2025 nanti serta melantik Pejabat Penerangan Daerah Kapit sebagai salah satu Rakan Strategik bagi sambutan program tersebut kelak.