- JBS Sarawak
- Hits: 47
PEJABAT BELIA DAN SUKAN KAPIT BERSIAP SAMBUT HARI RAYA DENGAN SEMANGAT PERPADUAN
- JBS Sarawak
- Hits: 47
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 20 MAC 2025 - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Kapit menunjukkan semangat perpaduan yang kukuh semasa bergotong-royong menghiasi pejabat bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba. Aktiviti yang dilaksanakan pada hari semalam itu bukan sahaja bertujuan menceriakan ruang kerja, tetapi juga menjadi platform mengukuhkan hubungan antara kaum dalam komuniti berbilang budaya di Sarawak.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan Olivia Kaminis, usaha bersama seperti menyusun lampu hiasan, memasang poster bertema Raya, dan membuat replika ketupat melambangkan kerjasama erat warga pejabat. Beliau turut menekankan bahawa tradisi meraikan hari perayaan setiap kaum di pejabat itu seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, dan Gawai telah lama dipraktikkan bagi memupuk kesepaduan sosial.