- JBS Sarawak
- Hits: 72
PBSB KAPIT TURUT HADIR KE TAKLIMAT FORMAT PELAPORAN JAWATANKUASA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN (JKPAK) 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 72
Disediakan oleh: M. Sherman, JBSN Sarawak.
KAPIT, 24 Mac 2025 - Sesi Taklimat dan Perbincangan Format Pelaporan Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) 2025 telah diadakan pada 20 Mac yang lalu secara hibrid oleh Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Taklimat tersebut turut dihadiri seacara dalam talian oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Kapit, Puan OIivia Kaminis dan Pembantu Tadbir (Perkeranian dan Operasi), Cik Uja Rama Nyangun.
Taklimat ini bertujuan membincangkan garis panduan terkini dan format pelaporan JKPAK bagi tahun 2025. Ia menjadi platform penting untuk memastikan pengurusan aset alih kerajaan dilaksanakan secara sistematik, telus, dan mematuhi peraturan semasa. Input daripada semua pihak amat diperlukan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan dasar ini di peringkat negeri.