
- JBS Sarawak
- Hits: 64
PASUKAN SARIKEI MENYERTAI PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN, PERTANDINGAN HAFAZAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- JBS Sarawak
- Hits: 64
Disediakan oleh : Zulfadhli Leonardo, JBSN Sarawak
KUCHING, 18 Mac 2025 : Kesinambungan kepada penganjuran Program Rakan Muda Ramadan, pertandingan hafazan peringkat bahagian pada 15 Mac 2025 yang lepas, Bahagian Sarikei telah menghantar Johan bagi pertandingan Hafazan ketegori lelaki iaitu Mohammad Amirul Bin Abd Rahman dari Madrasatul Quran Wal Lughatul Arabiah (MAQWA) dan johan kategori perempuan iaitu Nur Syafiqah Binti Ramlie dari SMK St Anthony, Sarikei bagi mewakili bahagian ini ke Program Rakan Muda Ramadan, pertandingan hafazan peringkat negeri yang diadakan pada 18 Mac 2025 di Dewan Persandingan, MAJMA Mall, Kuching.
Team Sarikei telah diketuai oleh Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei selaku CDM dan Encik Zulfadhli Leonardo, Penolong Pegawai Pembangunan Rakan Muda selaku penyelaras merangkap pegawai pengiring. Program ini disambut dengan meriah dan penuh pengisian yang bermanfaat dibulan ramadan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d