
- JBS Sarawak
- Hits: 75
SEMINAR KENEGARAAN MALAYSIA: ‘IHYA’ RAMADHAN BERSAMA PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 75
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 12 Mac 2025 : Satu seminar Seminar Kenegaraan Malaysia: ‘IHYA’ Ramadhan Bersama Pejabat Residen Bahagian Sarikei bertempat di Dewan Sarikei Innovation Center (SIC). PBSB Sarikei dipertanggungjawabkan untuk membawa penyertaan daripada Badan Belia Sarikei. Puan Jamaika bt Marciano, Encik Zulfadhli Leonardo dan Encik Abdul Rani turut bersama mewakili PBSB Sarikei dalam seminar tersebut.
Seminar tersebut dilaksanakan penceramah jemputan daripada Pusat Latihan Kenegaraan Sampadi, Lundu, Sarawak. Seminar tersebut berkongsi berkenaan Sejarah Penubuhan Malaysia dan penerapan Malaysia MADANI dalam kehidupan seharian.
MADANI diilhamkan berdasarkan konsep kesediaan menerima perubahan, dengan mengambil kira saranan segenap lapisan masyarakat dengan hasrat pemulihan melalui Reformasi substantif demi Malaysia yang lebih maju dan makmur.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d