
- JBS Sarawak
- Hits: 74
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN TAHUN 2025M/1446H PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 74
Disediakan oleh : Zulfadhli bin Leonardo, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 Mac 2025 : Bulan Ramadan sinonim dengan bulan puasa di sambut di seluruh dunia oleh seluruh umat Islam. Seperti kebiasaan, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei dengan kerjasama PPD, Sarikei, PPD Julau, PPD Meradong, SK Agama (MIS) Sarikei, MAQWA dan Kelab Belia Pekan Pakan telah menganjurkan program Ikonik JBSN iaitu Program Rakan Muda Ramadan dan aktiviti pada tahun ini ialah Pertandingan Hafazan (Kategori lelaki dan perempuan) dan Pertandingan Azan dan Iqamah. Program ini telah diadakan di Dewan Khalid Al-Walid, SK Agama (MIS), Sarikei. Seramai 30 orang peserta pertandingan Hafazan dan 20 orang peserta pertandingan Azan dan Iqamah termasuk lebih 20 orang petugas dan juri terlibat dalam program ini.
Majlis penutupan dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBrs Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei. Johan bagi pertandingan Hafaza ketegori lelaki ialah Mohammad Amirul Bin Abd Rahman dan kategori perempuan ialah Nur Syafiqah Binti Ramlie. Johan akan mewakili bahagian Sarikei ke peringkat negeri yang akan diadakan di Kuching pada 18 Mac 2025. Manakala Johan bagi pertandingan Azan dan Iqamah ialah Ariq hans Danial bin Muhammad Azhan. Pegawai turut hadir bertugas pada program ini ialah Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Cawangan Pembangunan Belia dan Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda.
PBSB Sarikei mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan para peserta. Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada semua pihak dan agensi yang telah berkolaborasi dalam menjayakan program ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d