
- JBS Sarawak
- Hits: 88
MESYUARAT JAWATANKUASA KUMPULAN PETUGAS PELANCONGAN (TOURISM TASK GROUP) BAHAGIAN SARIKEI BIL.1/2025
- JBS Sarawak
- Hits: 88
Disediakan Oleh : Jamaika Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 13 Mac 2025 : Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kumpulan Petugas Pelancongan (Tourism Task Group) Bahagian Sarikei Bil.1/2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 12, Pejabat Residen Bahagian Sarikei yang dipengerusikan oleh Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Sarikei. Puan Jamaika binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan mewakili PBSB Sarikei sebagai ahli jawatankuasa pelancongan Bahagian Sarikei dan rakan strategik untuk Sarikei Festival 2025.
Mesyuarat tersebut membincangkan penjenamaan semula Pesta Nenas Sarikei sebelum ini dan kini ia dinamakan Festival Sarikei 2025. Festival tersebut mengambil aspirasi Sarikei sebagai Food Basket of Sarawak yang dapat menjadikan Sarikei sebagai destinasi pilihan bagi pelancongan Agro Tourism Negeri Sarawak.
PBSB Sarikei merupakan ahli jawatankuasa yang membantu dalam program Sarikei Unity Run 7.0 yang sentiasa mendapat sambutan hangat dan akan dilaksanakan pada bulan Mei 2025 ini.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d