
- JBS Sarawak
- Hits: 70
PBSB SARIKEI MENGUNJUNGI PROGRAM BERAMBEH SUNGKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 70
Disediakan oleh : MJA, JBSN Sarawak
SARIKEI, 15 Mac 2025 : Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, Duton Mountaineering Club telah menganjurkan program "Berambih Sungkei" di Padang Kompleks Sukan Integrasi, Baji Jaya, Seberang Sarikei.
Program ini diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan asnaf agar mereka turut merasai manisnya kehadiran Ramadan. Encik Mohd Johari Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei telah mengunjungi program ini bagi bersama-sama meraikan anak-anak yatim dan asnaf yang hadir. Hadir bersama ialah Encik Zulfadhli bin Leonardo, Penolong Pegawai Cawangan Pembangunan Rakan Muda. Program ini turut dihadiri masyarakat setempat di sekitar bandar Sarikei yang turut bersama-sama 'berambih sungkei'.
Kejayaan penganjuran program ini adalah hasil kolaborasi dengan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei, The Sports Shop Sarikei dan WHT & Son. Sdn. Bhd.
Semoga segala amalan murni yang diadakan mendapat keberkatan dari Allah swt.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d