
- JBS Sarawak
- Hits: 92
PERTANDINGAN HAFAZAN RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING
- JBS Sarawak
- Hits: 92
PERTANDINGAN HAFAZAN RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT BAHAGIAN KUCHING
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 18 MAC 2025 – Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kuching telah diadakan pada 15 Mac 2025 yang lalu bertempat di Masjid Darul Huda, Kampung Siol Kandis. Seramai 40 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Johan bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh Mohamad Azmin Bin Abdullah Mohd Zulfadly (13 tahun) dan Nur Tasneem Binti Nasir (14 tahun) bagi kategori perempuan. Kedua-dua mereka akan mewakili Bahagian Kuching ke Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sarawak.
Selain itu, pertandingan melaungkan azan turut diadakan. Pertandingan hafazan dan melaungkan azan diadakan bertujuan melahirkan umat Islam mudah berhubung dengan al-Quran kerana ia perlu dibaca, dikaji dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan benar-benar terpimpin di bawah naungan al-Quran. Pelajar mampu menghasilkan suatu perubahan jika dibimbing dan diberikan kemahiran yang sewajarnya. Pelajar juga adalah generasi penyambung bagi membentuk masyarakat di masa depan.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanMudaRamadan