- JBS Sarawak
- Hits: 69
MESYUARAT PENGURUSAN BIL.2/2025 PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 69
Disediakan oleh : A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 27 MAC 2025 – PBSB Miri telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 2/2025 yang dipengerusikan oleh Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan PBSB Miri. Setiap unit akan membentangkan maklumat terkini masing-masing dari bulan Januari sehingga Mac 2025.
Objektif utama mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas dan membincangkan mengenai hal-hal pentadbiran, kewangan, dan perancangan mengenai program-program yang mendatang. Disamping itu, turut dibincangkan mengenai langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dilakukan agar segala perihal dalam pejabat berjalan dengan lebih efisien dan cemerlang.
Diharapkan setiap kata sepakat yang telah dinyatakan dalam mesyuarat ini mengeratkan lagi hubungan antara kakitangan dan juga mampu menjalankan tugasan dengan lebih baik dan amanah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBMiri
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama