- JBS Sarawak
- Hits: 51
PBSB MIRI TERIMA KUNJUNGAN JUNIOR CHAMBER INTERNATIONAL MIRI
- JBS Sarawak
- Hits: 51
Disediakan oleh: A.N.E, JBSN Sarawak
MIRI, 27 MAC 2025 – Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah menerima kunjungan dari Puan Candy Yong, Pengerusi Pengelola Junior Chamber International (JCI) Miri. Kunjungan tersebut disambut oleh Encik Roley Anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, serta Puan Stephanie Wendy Anak Stamford dari Unit Pembangunan Belia.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk mendapatkan sokongan bagi program The Outstanding Young Malaysians (TOYM) Awards, yang dianjurkan oleh Junior Chamber International Malaysia. Program berprestij ini dijadualkan akan berlangsung pada 19 September 2025, dan Miri telah dipilih sebagai tuan rumah acara tersebut. Program ini akan diadakan di Pullman Hotel, Miri, dengan 10 kategori yang akan dipertandingkan.
PBSB Miri memberikan sokongan padu terhadap pelaksanaan program ini dan berharap agar segala objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan jayanya. Diharapkan, melalui kerjasama yang erat antara semua pihak, program ini bukan sahaja akan berjalan lancar, tetapi juga memberi impak yang positif kepada semua yang terlibat.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#PBSBMiri
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI