
- JBS Sarawak
- Hits: 90
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
- JBS Sarawak
- Hits: 90
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT
Disediakan oleh: MAS, JBSN Sarawak
KUCHING, 11 MAC 2025 – Pada 7 Mac 2025 yang lalu, PBSB Kuching telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan Masjid Darul Huda, Kampung Siol Kandis berkenaan pelaksanaan Pertandingan Hafazan Rakan Muda Ramadan Peringkat Bahagian Kuching. Pertandingan hafazan ini menjadi platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan al-Mubarak dan mengimarahkan masjid. Selain daripada pertandingan hafazan, turut diadakan pertandingan azan dan seterusnya bertadarus beramai-ramai sebelum majlis berbuka puasa di masjid yang sama.
Program ini dilaksanakan bersama-sama Persatuan Belia Kampung Pandan Lundu, Jawatankuasa Masjid Darul Huda Kampung Siol Kandis dan Madrasah Darul Uloom Islamiyyah Kampung Siol Kandis. Semoga ikatan persaudaraan dan ukhuwah di kalangan belia terus kukuh.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#teampbsbkuching
#RakanMudaRamadan