KEMERIAHAN SYAWAL PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG DIHIASI INDAH

KEMERIAHAN SYAWAL PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN BETONG DIHIASI INDAH

Disediakan oleh : Azira, JBSN Sarawak

BETONG, 27 MAC 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong menjalankan persiapan menghias pejabat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Inisitiatif menghias pejabat bukan sahaja untuk mencerminkan kemeriahan Syawal, bahkan juga sebagai usaha mengeratkan hubungan antara kakitangan melalui aktiviti gotong-royong. 

Antara elemen hiasan yang diketengahkan termasuklah lampu kelip, hiasan ketupat dan sampul duit raya yang bertemakan warna tradisional Aidilfitri yang penuh warna-warni dan meriah. Dengan kemeriahan dan kegembiraan yang dirasai oleh semua, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong berharap dapat menyemai semangat perpaduan dan kekitaan dalam kalangan semua kakitangan, serta merayakan Aidilfitri dalam suasana yang penuh makna.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search