- JBS Sarawak
- Hits: 56
MENJADI SAKSI LEMBARAN SEJARAH BINTULU
- JBS Sarawak
- Hits: 56
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 24 MAC 2025 - Pada 23 Mac 2025 telah berlangsung majlis pra perasmian jambatan ikonik Bintulu - Jepak. Majlis yang penuh bersejarah ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak. Jambatan yang digelar "San Francisco Bintulu" merupakan satu-satunya jambatan di Sarawak yang menggunakan rekaan "suspension bridge". Pembinaan jambatan sepanjang 1.23km ini menelan belanja RM466, 679,497.
Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Encik Kigen Anak Satong telah hadir memenuhi jemputan majlis bagi menyaksikan lakaran sejarah ini. Majlis ini turut dihadiri ADUN tempatan, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri dan persekutuan, ahli-ahli korporat, ketua-ketua masyarakat dan penduduk sekitar.
#TeamJBSN
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama