
- JBS Sarawak
- Hits: 105
PERBINCANGAN PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA TAHUN 2025 PERINGKAT BAHAGIAN SARIKEI
- JBS Sarawak
- Hits: 105
Disediakan Oleh : Jamaika binti Marciano, JBSN Sarawak
Sarikei, 10 April 2025 : Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei sangat berbesar hati dengan pihak SMK Sungai Paoh sudi menerima kerjasama untuk melaksanakan program Semarak Hari Belia Negara Tahun 2025 Peringkat Bahagian Sarikei. Perbincangan tersebut telah dilaksanakan oleh Puan Jamaika binti Marciano, Cawangan Pembangunan Belia PBSB Sarikei bersama Cikgu Anna Su Siew Ling, Pengetua SMK Sungai Paoh dan Cikgu Giles Gana Anak Brain, Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Sg. Paoh.
Perbincangan tersebut meliputi penerangan konsep pelaksanaan program Semarak Hari Belia Negara dan tarikh pelaksanaan yang akan dilaksanakan pada 15 Mei 2025. Pelaksanaan Sambutan HBN menggambarkan kepentingan golongan belia sebagai aset dalam proses pembangunan negara. Sambutan HBN menjadi simbol kebersamaan belia dan Kerajaan dalam proses membangunkan belia secara holistik serta mewujudkan suasana aman, harmoni dan semangat cintakan negara.
Sambutan HBN diraikan pada tanggal 15 Mei setiap tahun.
Semoga perancangan tersebut akan berjalan lancar setibanya sambutan tersebut dilaksanakan.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#ihsanMADANI
#HarungiBersama
#pbs6d