
- JBS Sarawak
- Hits: 60
LAWATAN PEMERIKSAAN PENGESAHAN PERMIT OPERASI (OP) DI KOMPLEKS SUKAN KOMUNITI MUKAH
- JBS Sarawak
- Hits: 60
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 14 APRIL 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat Bahagian Mukah bersama Jabatan kerja Raya Mukah, Jabatan Tanah dan Survei serta beberapa agensi yang lain telah membuat lawatan pemeriksaan penilaian aspek keselamatan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Mukah pada 11 April 2025 bagi pengeluaran Permit Operasi (OP) bangunan. Lawatan tersebut turut dihadiri Tuan Lamat Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Yang Berhormat Tuan Royston Valentine ADUN N.57 Tellian.
Perbincangan antara agensi yang berkaitan dalam mengeluarkan OP dan pemutihan bangunan turut dibuat bagi memudahkan proses penyerahan bangunan tersebut kepada MYSED dan seterusnya dapat dibuka untuk kegunaan komuniti di Mukah. Hasil daripada perbincangan dan pencerahan struktur kerja yang perlu dilaksanakan agensi-agensi yang berkaitan, Yang Berhormat dan Tuan Lamat mengharapkan kerjasama daripada seluruh pihak yang terlibat bersama-sama membantu pihak jabatan supaya proses OP dan pemutihan bangunan tersebut dapat diselesaikan sebaiknya.