AMANAT TUAN PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

AMANAT TUAN PENGARAH SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2025 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SARAWAK

Disediakan oleh: Morni binti Ibrahim, JBSN Sarawak

SIBU, 15 APRIL 2025 - Perhimpunan bulanan Bil.2/2025 Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan di Auditorium, Kompleks Belia dan Sukan yang dikelolakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Samarahan. Semua kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu dan bahagian-bahagian lain turut menyertai perhimpunan tersebut secara atas talian.Perhimpunan ini disempurnakan dengan ucapan amanat daripada YBhg Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Inti sari di dalam amanat beliau berharap agar semua kakitangan sentiasa menjaga nama baik organisasi dan mengutamakan kerja hakiki memandangkan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) sangat membantu kakitangan untuk mengatur dan memudahkan perjalanan ke pejabat.

Tuan Pengarah juga sentiasa memberi semangat kepada semua kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak agar mengamalkan keseronokan bekerja dalam pasukan masing-masing.Amanat terakhir yang memberi kesan di hati adalah Tuan Pengarah berharap agar semua kakitangan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan menjaga pemakanan dan bersukan. Selari dengan program The Biggest Loser yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.Perhimpunan turut dimeriahkan lagi dengan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan dan sambutan hari lahir kakitangan bulan Januari sehingga April 2025.

#JBSNBersama
#PBSBSibu
#MalaysiaMadani
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#TeamKBS

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search