- JBS Sarawak
- Hits: 180
SAMBUTAN HANGAT BELIA SUNGAI ASAP
Disediakan oleh: Nuff, JBSN Sarawak
BINTULU, 17 DISEMBER 2024 - Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita telah menyertai kejohanan futsal Piala YB Kennedy Chukpai Ugon, ADUN N.66 Murum sempena Pesta Kebudayaan Apau Koyan Tahun 2024. Kejohanan ini telah berlangsung dari 12 hingga 14 Disember bertempat di Gelanggang Futsal, Uma Balui Ukap, Sg. Asap.
Pada 13 Disember yang lepas, Yang Berhormat, Tuan Kennedy Chukpai sendiri telah hadir menyempurnakan majlis perasmian program ini. Turut menghadirkan diri sebagai tanda sokongan kepada penganjuran program adalah Pegawai Belia dan Sukan Bintulu, Encik Kigen Anak Satong. Dalam ucapannya, YB menzahirkan setinggi penghargaan kepada Kelab Belia Asap Koyan dan Saberkas Cawangan Murum sebagai penganjur bersama di atas komitmen dan kerjasama menjayakan program tersebut. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ketua Kampung, Encik Edmund kerana sudi menjadi tuan rumah kepada penganjuran kejohanan tersebut.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani
#IhsanMadani
#HarungiBersama
- JBS Sarawak
- Hits: 180
