
- JBS Sarawak
- Hits: 101
MAJLIS PERASMIAN PESTA KAUL MUKAH 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 101
Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak
MUKAH, 28 APRIL 2025 – Majlis Perasmian Pesta Kaul Mukah 2025 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Keseniaan dan Kebudayaan Sarawak pada 26 April 2025 di Tapak Pesta Kaul Kala Dana Mukah. Beliau mewakili Yang Amat Berhormat Premier Sarawak telah menyampaikan ucaptama sekaligus merasmikan Pesta Kaul Mukah 2025 yang penuh keunikannya yang tersendiri. Pejabat Belia dan Sukan turut dijemput hadir ke majlis tersebut yang dihadiri Encik Mohammad Arbi Rosli , mewakili Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah.
Hadir sama mengiringi Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim ialah Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, merangkap Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Kaul Mukah 2025. Turut hadir tetamu kehormat yang lain YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, YB Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, YB Datuk Mursyid DiRaja Dr.Juanda Jaya, YB Haji Safiee Ahmad, YB Haji Ahmad Johnie Zawawi, YB Tuan Iskandar Turkee dan YBhg.Datu Kueh Lei Poh, Residen Mukah. Majlis turut diserikan dengan Persembahan Kebudayaan Kaul Mukah 2025 serta lawatan tetamu kehormat ke Gerai Komuniti.