PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK NEBULAE FC DAN PEJABAT AGAMA ISLAM ZON TENGAH

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK NEBULAE FC DAN PEJABAT AGAMA ISLAM ZON TENGAH

Disediakan oleh: Mohammad Arbi bin Rosli, JBSN Sarawak

MUKAH, 28 APRIL 2025 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak antara Nebulae Football Club dan Pejabat Agama Islam Zon Tengah telah diadakan pada 25 April 2025 bertempat di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM). Encik Mohammad Arbi Rosli mewakili Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah turut terlibat dalam perlawanan tersebut bersama-sama mewakili pasukan Nebulae FC.

Perlawanan persahabatan tersebut turut disertai oleh Yang Berhormat Tuan Royston Valentine, ADUN N.57 Tellian dan beliau sempat menyampaikan amanat ringkas pada majlis penyampaian piala dan pingat setelah selesai perlawanan. Perlawanan tersebut bertujuan mengeratkan jalinan ukhuwah antara jabatan dan komuniti selain sebagai persediaan latihan pihak kakitangan Pejabat Agama Islam Zon Tengah dalam karnival sukan mereka kelak. Pejabat mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan dan tahniah kerana telah menganjurkan perlawanan tersebut dengan jayanya.

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search