- JBS Sarawak
- Hits: 126
SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2025 DIMERIAHKAN DI SMK PUSA SEBAGAI PILIHAN
- JBS Sarawak
- Hits: 126
Disediakan oleh: EDP, JBSN Sarawak
BETONG, 27 April 2025 – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusa telah dipilih sebagai lokasi bagi pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Betong yang berlangsung pada 15 Mei 2025. Kunjungan hormat telah diadakan oleh Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah dari Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong ke SMK Pusa.
Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh Tuan Saini bin Bakar, Pengetua SMK Pusa bersama barisan pentadbir sekolah iaitu Encik Roslan bin Jabang (Penolong Kanan Kokurikulum), Encik Abang Mohamad Noor bin Abang Meressa dan Cik Wardatul Musfirah binti Ibrahim selaku Guru bertanggungjawab bagi Program SHBN202.
Tujuan utama kunjungan tersebut adalah untuk membincangkan perancangan serta pelaksanaan Program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Betong Tahun 2025 yang akan menampilkan lima jenis aktiviti berdasarkan segmen-segmen utama sambutan Hari Belia Negara pada tahun ini.
Diharapkan melalui kunjungan hormat ini, hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dan pihak sekolah akan terus diperkukuh, khususnya dalam menjayakan program-program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda pada masa akan datang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong