KEJOHANAN TERTUTUP U19 PICKLEBALL MIRI 2025 CUNGKIL BAKAT ATLIT MUDA

KEJOHANAN TERTUTUP U19 PICKLEBALL MIRI 2025 CUNGKIL BAKAT ATLIT MUDA

Disediakan oleh : Steph. W.S, JBSN Sarawak

MIRI, 28 APRIL 2025 – Kejohanan Tertutup U19 Pickleball Miri 2025 anjuran Persatuan Pickleball Miri telah dilaksanakan selama 2 hari dan berakhir semalam dengan penyertaan seramai 74 orang dari pelbagai sekolah sekitar daerah Miri. Puan Stephanie Wendy anak Stamford mewakili Pegawai Belia Dan Sukan Bahagian Miri telah hadir ke majlis penutupan dan penyampaian hadiah di Paragon Pickleball Court, Senadin.

Kejohanan ini merupakan kali 3 diadakan untuk mencungkil bakat muda di samping mempromosi sukan pickleball dan gaya hidup sihat. Antara kategori yang dipertandingkan ialah U16 (13 hingga 16 tahun) dan U19 (13 hingga 18 tahun) bagi perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki, wanita, dan campuran. Persatuan Pickleball Miri telah menerima Dana Sukan Komuniti bagi perlaksanaan kejohanan ini.

PBSB Miri mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua peserta dan Persatuan Pickleball Miri di atas penganjuran Kejohanan Tertutup U19 Pickleball Miri 2025.

#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMADANI
#PBSBMiri

Image
Aras 3, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sarawak
Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce
93150 Kuching Sarawak.
Tel : 082-240631 / 082-248321
Fax : 082-244537

http://www.jbsn.gov.my/jbs-sarawak

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search