
- JBS Sarawak
- Hits: 176
KERJASAMA ERAT BERSAMA KELAB MELALUI PERBINCANGAN SEMARAK HARI BELIA NEGARA PERINGKAT BAHAGIAN BETONG 2025
- JBS Sarawak
- Hits: 176
Disediakan Oleh : EDP, JBSN Sarawak
Betong, 27 April 2025 - Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong akan berkerjasama dengan Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok bagi program Semarak Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Betong 2025. Perbincangan tersebut dilaksanakan oleh Cik Azira binti A.Manan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama Encik Erwan Dzulfadli bin Pasah dari Unit Pembangunan Belia, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Saratok.
Turut bersama perbincangan tersebut Encik Ibrahim bin Bujang merangkap wakil ahli Kelab Belia Komuniti Pekan Saratok penerangan ringkas program yang akan dilaksanakan dan pelbagai buah fikiran telah dikongsi bersama. Disamping itu beberapa cadangan bagi merancakkan pelaksanaan program di peringkat kelab juga turut dibincangkan bagi mengukuhkan kelab konsisten meneraju memperkasakan belia di peringkat komuniti.
Diharapkan hubungan kerjasama yang erat antara Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong dan pihak kelab akan terus diperkukuh, khususnya dalam menjayakan program-program pembangunan belia, sukan dan Rakan Muda pada masa akan datang.
#TeamKBS
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#IhsanMADANI
#HarungiBersama
#PBSBBetong